• Jambatan SHOAS Akan Ditutup Sepenuhnya Untuk Sementara Waktu

    Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien atau lebih dikenali sebagai Jambatan Temburong akan ditutup sepenuhnya bermula jam 7 malam, 21 November 2026 hingga jam 10 pagi, 22 November 2026. Penutupan bertujuan sebagai langkah keselamatan dan kelancaran acara The Brunei Half Marathon 2026 yang dijangka akan disertai oleh 2,500 orang peserta dari dalam dan luar negara. Penutupan jalan juga akan dilaksanakan di Jalan Kota Batu iaitu diantara Masjid Kampung Sungai Besar dan Masjid Kampung Serdang serta pusing keliling Temburong menghala ke Jambatan SHOAS. Sepanjang tempoh penutupan, hanya kenderaan yang dikhaskan atau diberi kebenaran sahaja boleh melintasi jalan seperti kenderaan kecemasan, kes-kes…

  • 296 Calon Lulus Peperiksaan Calon Ke Sekolah Arab

    Seramai 296 calon Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1447H/2026M telah lulus peperiksaan dan akan menjalani sesi pengajian akademik tahun 5 bagi sesi pengambilan tahun 1448H/2027M. Daripada jumlah tersebut, seramai 150 orang calon pelajar lelaki dan 146 orang calon pelajar perempuan lulus untuk ke sekolah arab. Ibu bapa dan penjaga calon bolehlah mendapatkan keputusan peperiksaan calon melalui sekolah masing-masing pada 11 November 2026. Calon yang berjaya boleh mengambil borang di sekolah-sekolah arab tadahan dan mengembalikannya tidak lewat daripada 21 November 2026. Waktu pengambilan borang ialah:- Isnin hingga Khamis8.30 pagi – 12.00 tengah hari2.00 petang – 4.00 petang Sabtu8.30…

  • Majlis Tamat Latihan Akan Gunakan Bahan Letupan

    Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menghampiri tempat latihan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ini kerana bahan letupan akan digunakan ketika majlis tamat latihan dijalankan. Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pengambilan Anggota Baru Polis Kawalan Diraja Fasa 01/2026 akan diadakan pada 11 November 2026 bermula jam 2 petang hingga selesai di Polis Kawalan Diraja PRG02, spg 207.

100 Days of Deception

What a Boss Wants

One-of-a-Kind Romance